Salam Sejahtera dan salam hebat kerana anda telah sampai ke blog ini. Tontoni dulu sedutan komersial di MHI ini:
Sejak kebelakangan ini semakin banyak syarikat dan individu-individu yang menggunakan khidmat sms sebagai satu medium dalam loyalti program dan sekaligus mengekalkan pelanggan sedia ada dengan lebih berkesan. Kita terpaksa menerima kenyataan yang realiti trend sekarang lebih cenderung menyampaikan maklumat dengan lebih cepat dan murah. Ramai usahawan yang terpaksa membelanjakan kos yang tinggi untuk tujuan promosi dan pemasaran sehingga ribuan ringgit. Pengedaran flyers yang dilihat lebih menjimatkan belum tentu dibaca oleh semua penerima kerana kebanyakannya hanya mencampakkan ke tong sampah sahaja. Jadi, bagaimana maklumat hendak disampaikan? Sistem hebahan hebat ini praktikal sekali untuk dua golongan sasaran khasnya. Bulk SMS adalah satu sistem dimana ia membantu kita untuk menghantar SMS ke semua rakan-rakan atau prospek perniagaan dengan hanya 1 klik. Dengan sistem ini, anda tidak perlu lagi menekan keypad telefon bimbit anda satu persatu. Anda hanya perlu menaip di komputer dan hantar ke beratus-ratus rakan atau prospek perniagaan. Ini bukan sistem 5 nombor dimana anda dikehendaki menghantar SMS seperti “on cinta” , “on bola” dan sebagainya. Seperti saya katakana diatas, sistem ini membantu anda menghantar SMS ke semua rakan anda dengan hanya 1 klik. Mudah bukan?
Dua golongan sasaran tersebut adalah:
1) Para Peniaga / Usahawan
Anda perlukan satu sistem hebahan dan komunikasi untuk:-
•menambahbaik cara komunikasi dengan pelanggan
•memperbaiki hubungan dengan pelanggan sedia ada
•mengekalkan pelanggan sedia ada supaya tidak beralih ke Syarikat lain
•meningkatkan keuntungan Syarikat dan banyak lagi
2) Para Individu aktif dalam masyarakat
Anda perlukan satu sistem hebahan dan komunikasi untuk:-
•menambahbaik cara komunikasi dengan ahli masyarakat / persatuan
•memperbaiki hubungan dengan ahli masyarakat / persatuan
•menyampaikan maklumat secara efisien kepada ahli masyarakat / persatuan
•memperbaiki prestasi persatuan dan banyak lagi
Mengapa cara Bulk SMS leibh berkesan? Seperti yang kita sedia maklum, telefon bimbit sentiasa hampir dengan pemiliknya. Jadi, sudah pasti segala info yang diblastkan akan sampai kepada tuan punya telefon terlebih dulu berbanding dengan emel dan facebook! Pengguna terpaksa log-in ke komputer atau handphone (jika yang canggih) untuk mendapatkan maklumat. Ternyata SMS terlebih dulu dibaca dan ia tidak mungkin dipadamkan sebelum ia dibaca dahulu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.